Juan Ponce de León
Juan Ponce de León

Juan Ponce de León

Juan Ponce de León (1474 - Julai 1521[1]) merupakan penjelajah dan penakluk Sepanyol yang dikenali mengetuai ekspedisi Eropah rasmi pertama ke Florida. Beliau pada mulanya melibatkan diri dalam pelayaran kedua Christopher Columbus di kawasan Caribbean tahun 1493. Beliau kemudiannya menjadi pegawai jajahan Hispaniola kemudiannya sebagai gabenor pertama pulau Boriken yang ditakluk (sebagai Puerto Rico) lantikan kerajaan Sepanyol pada tahun 1509. Suatu tengkarah kuasa dengan anak Christopher, Diego Columbus memaksa jawatan beliau dihentikan pada tahun 1511.Ponce de León memutuskan mengikuti nasihat Raja Fernando II menjelajah lanjut lebih banyak lagi Laut Caribbean; dari penerokaan inilah beliau menjadi orang Eropah (atau Dunia Lama) pertama menjejakkan kaki di daratan yang dikenalpasti jelas sebagai benua baharu yakni Amerika moden pada tahun 1513 di suatu tempat sepanjang pantai timur Florida meskipun tidak dimasyhurkan sehebat berbanding pengiktirafan pelayaran dilakukan Columbus oleh orang Amerika sendiri.[2]